Semakin Berusia, Semakin Seronok Travel

Apabila kita bercerita tentang travel, faktor usia bukanlah sesuatu yang menjadi penghalang. Kita sering kali mendengar suara-suara yang berkata “masa muda lah nak pergi travel, bila dah tua nanti duduk rumah saja habiskan masa dengan keluarga”, mungkin betul dan mungkin juga salah. Bergantung kepada diri sendiri yang menghakimi kenyataan itu. Setiap orang ada pendapat sendiri.

Kali ini saya akan kupaskan topik usia dan travel, sebahagian daripada alasan ini jika diperhatikan ada betul dan logiknya juga. Dan ini kenapa bila anda semakin berusia, travel pun jadi lebih seronok.

  • Kurang tekanan

Terpaksa diakui, perbezaan di masa muda dan tua memang sungguh berbeza. Mungkin kerana ketika muda kita sering dibebani dengan pelbagai hal yang merumitkan. Dalam proses itulah kita belajar menjadi matang dan bijak dalam menguruskan hal-hal kehidupan.

Apabila usia semakin meningkat, anda mempunyai kekuatan dalam menguruskan hal-hal tertentu. Ini bermakna anda boleh menguruskan sesuatu dengan lebih tenang. Sifirnya, bebas dari sebarang tekanan adalah faktor penting untuk seronok semasa travel.

  • Boleh pergi bila-bila

Mempunyai waktu yang lebih fleksible, lebih-lebih lagi bila sudah pencen dari kerja. Ini yang paling seronok, anda boleh pergi ke mana pun yang anda mahu pada bila-bila masa tanpa perlu risau soal cuti diluluskan atau tidak, tak perlu bersesak tunggu musim percutian dan sebagainya. Boleh beli tiket dan terus jalan.

  • Tahu apa yang dimahukan

Satu lagi sebab bila semakin berusia sebenarnya lebih seronok untuk travel adalah anda tahu apa yang anda mahukan. Anda lebih banyak idea dan pengetahuan, itu semuanya dipelajari dari masa lalu. Ini termasuk keinginan mengembara, anda lebih arif menentukan sesuai dengan keinginan sendiri.

  • Lebih menikmati impian

Terdapat sedikit perbezaan ketika mengembara di usia muda, biasanya kita mempunyai perbelanjaan yang terhad. Tetapi ini tidaklah bermakna semakin tua anda semakin kaya, tetapi kita boleh merancang ketika muda untuk menabung di hari tua. Ya! Orang tua selalu pesan begitu.

Menikmati destinasi impian sepuasnya memang menyeronokkan. Tidak salah berkorban sedikit keinginan ketika muda untuk dinikmati pada masa akan datang. Luangkan sedikit perbelanjaan untuk keselesaan, itu semuanya boleh dirancang dari awal. Jadi jangan risau kalau tengok kawan pergi travel, sebab anda ada banyak lagi masa dan paling penting boleh jadi lagi best.

  • Lebih sihat dan bahagia

Semua orang tahu, travel juga merupakan treatment berkesan untuk rasa happy. Selain itu, traveling ini sebenarnya sesuatu yang sihat untuk tubuh badan. Bila anda rasa bahagia, badan pun sihat. Automatik hidup jadi lebih seronok. Jadi, kepada yang muda, jagalah kesihatan dengan sebaiknya, sebab bila tua nanti banyak perkara-perkara best boleh buat, termasuk travel!

Kami di Vocket pernah temubual beberapa traveller Malaysia yang sudah berusia namun masih mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik! Nak travel jangka masa panjang, sila jaga kesihatan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2019: Smart World Travels | Travel Theme by: D5 Creation | Powered by: WordPress